TIP DOWNLOAD VIDEO FLASH DI LAMAN WEB



-Untuk download video flash di laman web. ada cara mudah.
-Benda alah ni boleh dipraktikkan di YouTube, Metacafe, Portal TV3, Portal TV9 dan sebagainya.
-Sebagai contoh, aku download drama Nur Kasih di Portal TV3 dengan guna cara ni lah...
-Caranya :
  1. Masuk IDM.
  2. Pilih Option. Pergi ke tab File types.
  3. Tambah format FLV.
  4. Tekan OK atau Apply.
  5. Siap!!!!
  6. Pergi mana-mana web yang ada video flash. YouTube contohnya.
  7. Ikon "Download this video" akan keluar apabila video dimainkan.
  8. Download je la macam biasa.

0 comments:

Post a Comment

SERATUS ORANG PALING BERPENGARUH DI DUNIA

Seratus Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia Nabi Muhammad (SAW) berada di kedudukan nombor satu dalam 100 manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, dikira dari dari dahulu hinggalah sekarang.

Hal ini dinyatakan oleh Michael H. Hart seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Serikat dalam bukunya “The 100 yang terbit di Amerika Syarikat.

Menurut Michael Hart, Nabi Muhammad (SAW) adalah orang yang paling berpengaruh di antara jutaan penduduk dunia. “ini kerana baginda adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa, baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan”

Nama 100 orang paling berpengaruh ialah :

1 Nabi Muhammad SAW

2 Isaac Newton

3 Nabi Isa

4 Buddha

5 Confucius

0 comments:

Post a Comment

FAKTA PELIK DAN MENARIK

* Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


* Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


* Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


* Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


* Bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


* Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


* Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


* Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


* Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


* Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

dapatkan lebih banyak fakta di http://faktapelik.blogspot.com/

1 comments:

Post a Comment

KENAPA CHEWING-GUM DI BANNED DI SINGAPURA

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapura. Cakap pasal chewing gum dan Singapura nie. Ada satu cerita, PM Singapura pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapura tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapura , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapura: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapura" Erk! muka PM Singapura jadik merah padam" dan sebaik
saja PM Singapura Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapura, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapura...He..He..He..

0 comments:

Post a Comment

LELAKI ISLAM DAN HARI JUMAAT

Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu, seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja diperkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya, restoran
dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan
sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang
sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau mengikut penjelasan Us Arshad.

Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tghari di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika
kamu mengetahui".

Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Wassalam.
Allahua'lam

0 comments:

Post a Comment

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP


Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Mengapa Perlu Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.
Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah.

0 comments:

Post a Comment



KEPAKARAN SELESAIKAN KIUB RUBIK 3X3X3

0 comments:

Post a Comment

Salam Sejahtera. Saya faiz....

0 comments:

Post a Comment