Tamatnya Survey Camp UTHM 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, tamat sudah Geomatic Survey Camp UTHM 2013 bertempat di PD Sanctuary Training Camp, Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan. Program yang berlangsung seminggu ini adalah salah satu subjek bagi semester pendek pelajar FKAAS UTHM.

Tujuan utama kem ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja ukur di kawasan luar daripada UTHM di samping memberi pengalaman bekerja sebenar kepada pelajar. Kesan negatif kem ini? Ok, kulit yang dah memang gelap semakin hangus lah nampaknya.

Antara cabaran utama dalam kem ini adalah melakukan 5 amali dan 4 laporan dalam tempoh 5 hari. Sebagai tambahan, setiap kumpulan perlu membentangkan laporan yang telah mereka lakukan iaitu terdiri daripada:

  • Levelling
  • Traverse
  • Tacheometry
  • Setting Out

Waktu wajib "bekerja" kami adalah dari jam 8.00 pagi sampai 5.00 petang. Ala-ala seperti pekerjaan sebenarlah nampaknya. TETAPI! Kami sebenarnya perlu bekerja lebih masa bagi memastikan kerja-kerja siap pada tempoh yang diberikan. Kadang-kadang kena tidur sampai 3 pagi untuk siapkan lakaran plan menggunakan Trimmap dan AutoCAD.


Secara kesuluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektif dalam memastikan pelajar FKAAS mahir dengan kerja ukur aras. Kepada peserta sesi-sesi akan datang, selamat berjaya saya ucapkan. Jangan lupa bawa payung/topi/sun block untuk mengelak hangus. Hehe.

Kepada mereka yang akan pergi pada sesi akan datang, boleh buat persediaan dengan merujuk artikel:
Survey Camp UTHM 2013? Nak Bawa Apa Eh?


Bila bosan, mandi-manda. Woot2!

Taklimat daripada pensyarah.

Pelajar antarabangsa turut tidak terkecuali.

Eh? Macam Aaron Aziz lah. Haha.

Perbentangan laporan.

Ahli panel yang garang tegas tetapi membuatkan kita berfikir.

Matahari terbenam.

Ujian bertulis.

Kumpulan 16 yang terbaik! Yeah!

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat. InsyaAllah, ada masa kita berjumpa lagi. Chillsss~~

0 comments:

Post a Comment