Survey Camp UTHM 2013? Nak Bawa Apa Eh?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Cuaca di Port Dickson sekarang suam-suam panas. Disebabkan permintaan dari rakan-rakan sesi 2, 3, 4, 5 dan 6 Survey Camp yang banyak bertanya pasal Survey Camp, satu artikel segera aku wujudkan untuk persediaan ke Survey Camp UTHM 2013.

Survey Camp UTHM 2013 kali ini diadakan di PD Sanctuary Training Camp, Port Dickson, Negeri Sembilan. Aku memilih untuk mengikuti sesi 1 agar mudah untuk merancang waktu cuti aku yang terhad.



Survey Camp atau Amalan Geomatik adalah satu subjek FKAAS yang mempunyai 1 kredit.

Ok, berkaitan apa yang aku buat di Survey Camp akan diletakkan dalam artikel akan datang. Sekarang, kembali ke tajuk artikel ini iaitu PERSEDIAAN untuk Survey Camp UTHM 2013.


PERALATAN

Payung | Penting untuk melindungi anda dan alatan daripada hangit dan terbakar cahaya matahari atau kebasahan apabila hujan. Alternatif, boleh bawa topi atau sun block.

Extension Wire | Disebabkan suis plug yang agak terhad, benda ini sangat berguna untk cas laptop, hp dan lampu suluh? Ok, yang last tu tipu.

Selimut | Setiap bilik ada aircond. Dengan suhu 16°C pada waktu malam boleh jadikan tidur anda tidak bererti. Selimut yang ada agak terhad. Alternatif, bawa baju sejuk atau jaket.

Makanan Tambahan | Makanan disediakan. 4 kali sehari. Tapi bila dah penat "bekerja" di siang hari, makanan tambahan amat diperlukan. Harga makanan kat kedai sini agak mahal.

Air Mineral/Masak | Cuaca yang panas boleh buat diri anda kering. Jadi, air amatlah berguna.

Ubat-ubatan | Sangat penting jika anda ada sebarang penyakit. Jangan lupa ok?

Alat Tulis | Laporan makmal kena tulis PAKAI TANGAN. Katakan tidak kepada copy & paste. Hehe.

Kertas A4 | Medium untuk tulis laporan makmal.

Kasut | Bawa satu pun dah cukup. Tapi kalau rajin, boleh jea bawa lebih. Pastikan bersesuaian.

Topup HP | Pastikan toupup anda mencukupi. Harga topup kat sini kena bayar extra 50 sen. Lagi, tiada perkhidmatan WIFI. Jadi, bawalah broadband untuk meng"online"kan diri.

Secara asasnya, itulah rasanya peralatan penting yang perlu dibawa ke Survey Camp UTHM 2013. Peralatan-peralatan lain seperti pakaian mencukupi dan lain-lain bergantung kepada peserta.

KEMUDAHAN

Sekali pandang, macam Kolej Kediaman Perwira UTHM. Hehe.

  
Bilik penginapan bagi pelajar. Ada aircond dan sejuk weyh!

Kem seminggu kan? Kalau malas nak basuh baju pakai tangan, perkhidmatan dobi ada disediakan.

Kedai bagi mencari keperluan harian. Pssst, harga agak mahal berpatutan. :P

Ada pantai. Tapi berlumpur. Tak boleh mandi lah.

Kalau nak mandi juga, ada kolam renang. Asing lelaki dan
perempuan (tertutup).

Dewan aktiviti. Tempat berkumpul dan buat pembentangan.
  
Surau terapung.


NOTA TAMBAHAN
- Bilik akan dibahagikan oleh pensyarah. Tidak boleh pilih sendiri.
- Kumpulan pun dibahagikan oleh pensyarah. Doa-doalah dapat ahli kumpulan yang boleh berfungsi.
- Boleh je pakai tshirt leher bulat. Tapi pakai dengan baju bengkel sekali lah.
- Ada ujian bertulis. Baca-bacalh sikit nota Geomatik.

Di bawah adalah peringatan daripada penyelaras Survey Camp ini:

1. Kehadiran adalah diwajibkan mengikut sesi yang telah ditetapkan. Jika tidak hadir, yuran anda tidak akan dikembalikan semula dan anda perlu mendaftar pada tahun 2014.

2. Pelajar dikehendaki berkumpul di bangunan FKAAS (bawah makmal Geomatik) pada jam 8 pagi mengikut sesi yang telah ditetapkan dan menandatangi kedatangan di makmal Geomatik sebelum menaiki bas. Bas tidak akan menunggu jika anda lewat.

3. Pelajar dikehendaki membawa semua peralatan dari makmal geomatik kedalam lori yang disediakan (sesi 1 sahaja) 

4. Anda dilarang hadir sendiri ke lokasi Survey Camp (PDS) tanpa kebenaran penyelaras.


Sebarang maklumat terkini mengenai Survey Camp, boleh rujuk di:


Sekian sahaja artikel kali ini. Kalau ada persoalan, boleh komen kat bawah ni. Pada artikel akan datang, akan diceritakan apa yang kami buat di Survey Camp ini. Chilllsss~

1 comment:

  1. artikel yang menarik, cool jellybean.
    untuk cadangan di masa hadapan,
    perbanyakkan picca-picca aweks UTHM keyh!
    ;)

    ReplyDelete